HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Tuition

Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Strategi Perniagaan Unta Abdul Rahman Auf

Wednesday, June 1, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Saya terbaca artikel yang mantap ini dari laman web Irfan Khairi, Mashaallah. Bijak betul sahabat Nabi Muhammad SAW ni ya. :)

Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

Link asal ARTIKEL INI

Anda juga boleh layari link dibawah ini untuk lebih banyak kisah menarik mengenai Abdurrahman bin Auf

http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1287-abdul-rahman-auf-jutawan-yang-menangisi-kemewahan.html

http://hikmatun.wordpress.com/2008/01/07/abdul-rahman-bin-auf-saudagar-kaya-yang-dijamin-syurga/

TIPS BELAJAR dari Pelajar Cemerlang Nur Amalina

Tuesday, May 31, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Setiap individu cara belajarnya berbeza, berikut saya sertakan LINK ke artikel berkenaan cara belajar yang digunakan oleh pelajar cemerlang SPM NUR AMALINA.

TEKNIK BELAJAR PELAJAR CEMERLANG SPM NUR AMALINA


Sedikit sebanyak tentu ada manfaatnya. :)

Ingat.. STUDY SMART lebih baik dari STUDY HARD..

Koleksi Soalan UPSR PMR SPM

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Perlukan soalan terkumpul bagi tahap UPSR PMR dan SPM tetapi anda tidak mahu membelinya? Kami ada jawapannya.

LAYARILAH laman sesawang di bawah ini.. penuh dengan koleksi soalan percubaan dari seluruh negara. Harus diingat, anda mesti membaca dahulu terma dan syarat sebelum menggunakannya.
http://www.banksoalanspm.com/index.html
Semua soalan adalah percuma, jadi marilah manfaatkannya. :)

Kami tiada kena mengena dengan laman web tersebut, tetapi sayang jika ia tidak dimanfaatkan bersama.

Makanan Sunnah Penjana Minda: SUSU KAMBING

Monday, May 30, 2011

4) SUSU SEGAR TERUTAMANYA SUSU KAMBING

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tigaunsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukanuntuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yangpaling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelasmakanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawarkelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susuboleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaikipenglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaikuntuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembuyang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibacaoleh Rasullullah s.a.w
Dan terdapat lagi beberapa makanan-makanan lain yang menjadi amalan makanan bagi para genius islam seperti halia, daging burung merpati, daging ayam, telur, buah delima, kekacang(soya, gajus, berangan), za’faran, dan minyak sapi.

Makanan Sunnah Penjana Minda: DAGING KAMBING

3) DAGING BIRI-BIRI/KAMBING

Daging mengandungi banyak khasiat. Menambah darah,sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapatmeningkatkan kekuatan hafazan.

Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan.Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.

Daging yang paling baik ialah daging kambing.Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baikialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa.
Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan dagingbinatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsayang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Makanan Sunnah Penjana Minda: MADU

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU



Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quranmengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkanpenyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia bolehmenghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG :Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

Bersambung di Bahagian ke 2

Tips Belajar: Solat Dhuha Kunci Rezeki

Sunday, May 29, 2011

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Link asal artikel ini
http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310

Online Tuition: Karangan Bahasa Melayu/Malaysia

Saturday, May 28, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


saya terjumpa laman yang menarik ini hasil dari perkongsian rakan-rakan di internet.

Bagi mereka yang perlukan bantuan mengarang karangan berformat dan tidak,

Masuklah ke laman web di bawah ini... :)

LAMAN SESAWANG KARANGAN

Anda boleh memohon pertolongan dari pelawat lain bagi mendapat isi karangan dan sebagainya.

Pelbagai contoh karangan peringkat UPSR, PMR dan SPM

Home Tuition: Model Kertas Soalan Sains PKSR

Tuesday, May 24, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Kertas soalan PKSR sains darjah 6 ini disediakan oleh insan berhati mulia insyaallah.

Mari-mari muat turun dan mantapkan persediaan anda sebelum UPSR. Baiki segera sebelum masanya tiba. :)

KERTAS MODEL PKSR SAINS TAHUN 6


Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada pihak yang menyediakan soalan ini.

LINK ASAL

Home Tuition: Model Kertas Soalan Sains UPSR

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Bagi pelajar pelajar UPSR yang ingin menguji tahap kesediaan mereka menduduki peperiksaan UPSR, saya sarankan anda klik link dibawah dan muat turun kertas percubaan ini.

MODEL KERTAS SAINS UPSR


Sebagai makluman, kertas soalan ini disediakan oleh guru sekolah berpengalaman dan sudah tentu bermanfaat untuk anda.

Terima kasih kepada pihak yang berkongsi info ini ya. Semoga memperoleh ganjaran Allah swt.

LINK ASAL