HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Tuition

Online Tuition: Ekonomi Asas Form 5 Bab 6 Bhgn 1

Tuesday, May 10, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,

mari kita belajar bab 6 Ekonomi Asas.




Selamat mengulangkaji.. Peperiksaan SPM semakin dekat.. Bersambung di bahagian seterusnya

Slide adalah hasil sumbangan Cikgu Faizal

Home Tuition: Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di DAMANSARA Sedang mencari home tutor bagi subjek PRINSIP AKAUN dan EKONOMI ASAS. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: MUTIARA DAMANSARA
Bil Pelajar: 1 orang, Perempuan
Subjek: PRINSIP AKAUN DAN EKONOMI ASAS
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM50/jam Weekdays Malam
Status: TUTUP * TFRL 11 MEI*
Permintaan khas:TIADA
Kod: TFRLDMNSRAKAUN


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Pendidikan Islam dan Al-Quran

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di SUBANG ALAM PUTRA HEIGHTS Sedang mencari home tutor bagi subjek PENDIDIKAN ISLAM FORM 2. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: ALAM IMPIAN, JALAN TUN TEJA
Bil Pelajar: 1 orang, Perempuan
Subjek: FORM 2 PENDIDIKAN ISLAM
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM35/jam AHAD 10am~12pm
Status: TUTUP * TSHA 15 MEI*
Permintaan khas:SECEPAT MUNGKIN. Mengajar fardhu ain dan al-quran. 15 Mei untuk kelas pertama
Kod: TADLIALAMIMPIAN


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

KAMBING AQIQAH

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Salam hormat dari saya kepada ibubapa, pelajar dan pembaca sekalian.

Artikel kali ini berlainan dari sebelum-sebelum ini. Bagi sesiapa yang berhajat melaksanakan ibadah korban dan aqiqah KAMBING, jemput-jemput ke blog saya ini.

HTTP://KAMBINGHALAL.BLOGSPOT.COM

Pelbagai info berkaitan hukum aqiqah dan qurban beserta resepi-resepi lazat berasaskan kambing disediakan. Khidmat jualan kambing dan katering juga disediakan.

Bermanfaat juga bagi mereka yang berminat menjadi penternak kambing.

Semua nabi adalah penternak kambing, susah jaga kambing ni

Online Tuition: Ekonomi Asas Part 6 SPM

Monday, May 9, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Bahagian ke 6

Sistem ekonomi campuran
Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya, ekonomi campuran mengandungi unsur kapitalisme dan sosialisme.

Tiada satu definisi untuk ekonomi campuran tetapi aspek penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian (termasuk pemilikan industri secara persendirian) bercampur aduk dengan ekonomi terancang (termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial, pemuliharaan alam sekitar, atau pemilikan aset atau sumber pengeluaran oleh negara).

Dari segi praktiknya, banyak negara daripada Amerika Syarikat kepada Cuba mengamalkan sistem ekonomi yang boleh ditakrifkan sebagai ekonomi campuran.

Online Tuition: Ekonomi Asas Part 5 SPM

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Sistem ekonomi sosialis
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.
Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.
Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.

Online Tuition: Ekonomi Asas Part 4 SPM

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Sistem ekonomi kapitalis

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Kapitalisme berasal dari perkataan kapital yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.
Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan ke-19 Masehi.

Walaubagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian.