Assalamu'alaikum Wrmbth,
Guru, Cikgu, Pendidik dan sebagainya. Semua individu bermula dengan guru. Semua peguam, jurutera, doktor dan sebagainya bermula dengan diajar cikgu.
Mengimbas kembali zaman persekolahan saya dahulu, murid-muridnya nakal tapi jika mahu dibandingkan dengan sekarang umpama langit dengan bumi.
Semestinya kerana pelajar sekarang hanyut dilanda gelombang propaganda barat. Media-media hiburan seperti internet dan televisyen sibuk mewar-warkan budaya kuning dan kian hari meminggirkan rancangan ilmiah.
Jika adapun rancangan ilmiah, masa rancangan diletakkan luar waktu puncak. Siapa agaknya yang tonton ya? Yang lebih menghairankan, semasa rancangan agama pun, iklan-iklan tidak bermanfaat diselitkan dalam sesi rancangan tersebut.
Ternyata semakin mencabar peranan Ibubapa dan Guru dikala ini. Ayuh bersama-sama kita lalui laluan berduri ini. Bukan untuk orang lain, UNTUK ANAK-ANAK kita sendiri
Kalau bukan tangan kita sendiri yang mengubah, siapa lagi yang anda harapkan?
0 comments:
Post a Comment