HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

PMR SAINS SEKSYEN 13

Friday, April 29, 2011

Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di SEKSYEN 13 SHAH ALAM. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: SEKSYEN 13
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: SAINS PMR
Sesi: Weekdays
Status: Tutup
Permintaan Khas: Tiada

Kami menyediakan perkhidmatan home tuition ,hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel kepada fairulazmi@gmail.com

SAINS PMR PINGGIRAN USJ

Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Taman Pinggiran USJ Shah Alam. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Taman Pinggiran USJ Shah Alam
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: SAINS PMR
Sesi: Weekdays
Status: Tutup
Permintaan Khas: Tiada

Kami menyediakan perkhidmatan home tuition ,hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel kepada fairulazmi@gmail.com

UPSR Math Putra Height

Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Putra Height di Jalan 9/7. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Putra Height, 9/7
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: BM UPSR
Sesi: Weekdays
Status: Tutup
Permintaan Khas: Tiada

Kami menyediakan perkhidmatan home tuition ,hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel kepada fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Waktu Belajar Efektif

Wednesday, April 27, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Ramai pelajar suka berjaga lewat malam untuk belajar. Tidak kiralah bagi pelajar sekolah atau mahasiswa universiti, ramai yang suka belajar lewat malam.

Hakikatnya, minda kita berada dalam keadaan penat selepas penat beroperasi seharian. Besar kemungkinan apa yang dipelajari tidak mudah difahami.


Menurut kajian, minda kita berada pada tahap optimum kecerdasannya pada waktu pagi. Jadi, daripada kita berjaga ditengah malam lebih baik kita dapatkan tidur dan rehat yang cukup dan kemudian bangun awal pagi untuk belajar.

Salam kecemerlangan dari kami :)

Home Tuition: Belajar Melalui Latihan

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Setelah beberapa tahun terlibat dalam bidang home tuition, pelbagai ragam pelajar tuition yang telah saya temui.

Guru tuisyen yang sensitif dan peka dengan keperluan anak murid mereka akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menambahkan penguasaan anak murid mereka pada subjek diajar.

Salah satu cara yang paling efektif bagi saya ialah MEMBUAT LATIHAN.

Kelas yang panjang dan penuh leteran umpama mimpi ngeri bagi semua murid dan terjadilah sindrom cikgu syok sendiri.

Lain pula dengan sesi home tuisyen yang penuh latihan, ia melibatkan komunikasi 2 hala cikgu dan murid. Belum sempat murid mengantuk soalan sudah datang berjela2.

Tidak percaya keberkesanannya? Cubalah dan alami perbezaannya :)

Home Tuition: Doa Mudah Faham & Ingat

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Satu lagi doa yang elok diamalkan oleh para pelajar sekalian.

Terutama sekali selepas solat.

Ertinya: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah,
keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya
kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah
bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai yang Maha Penyayang.
Doa ini saya petik dari LAMAN ini

Doa ini saya petik dari LAMAN ini

Home Tuition: Doa Belajar Agar Ilmu Berkat

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Bismillahirrahmanirrahim..


Sudah penat kita belajar, tiba masanya untuk kita berdoa kepada Allah SWT.

Bukankah doa itu senjata bagi orang mukmin kerana tanpa rahmat dan bantuan darinya belum tentu kerja keras dan usaha kita akan mendatangkan hasil.

Dibawah ini saya sertakan doa yang elok dibacakan sebelum kita mula belajar. Semoga beroleh manfaat.

Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.
Doa ini saya petik dari LAMAN ini

Home Tuition: UPSR Klang

Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Bukit Kuda Klang dengan kadar segera. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Bukit Kuda
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: Subjek UPSR
Sesi: Weekdays
Status: Buka
Permintaan Khas: Tiada

Hubungi kami AZMI 0133231135 untuk pertanyaan lanjut.

Home Tuition: Math dan BM Putra Heights

Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Meru dengan kadar segera. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Putra Heights
Bilangan Pelajar: 2 orang
Subjek: Matematik & BM UPSR
Sesi: Weekdays
Status: Tutup
Permintaan Khas: Tiada

Hubungi kami AZMI 0133231135 untuk pertanyaan lanjut.

Home Tuition: Add Math, Physics & Account Meru

Thursday, April 21, 2011

Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Meru dengan kadar segera. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Meru
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: Fizik, Add Math & Prinsip Akaun
Sesi: 30/4 - 2/5/2011
Status: Tutup
Permintaan Khas: Malam

Hubungi kami AZMI 0133231135 untuk pertanyaan lanjut.

Home Tuition: BM Seksyen 7 Shah Alam

Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Shah Alam Seksyen 7 dengan kadar segera. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Jalan Plumbum seksyen 7, Shah Alam
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: BM (Bahasa Malaysia)
Sesi: Weekdays
Status: Tutup
Permintaan Khas: Petang, Weekdays


Hubungi kami AZMI 0133231135 untuk pertanyaan lanjut.

Home Tuition: Matematik & Sains Kelana Jaya

Tuesday, April 19, 2011

Assalamua'laikum Wrmbth,

Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Kelana Jaya dengan kadar segera. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:


Lokasi: Kelana Jaya
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: Sains & Matematik
Sesi: Weekdays
Status: Tutup
Permintaan Khas: Malam


Hubungi kami AZMI 0133231135 untuk pertanyaan lanjut.

Home Tuition: Arab Seksyen 27 Shah Alam

Assalamu'laikum Wrmbth,

Seorang ibu di Jalan SS 4B/1 Kelana Jaya memerlukan khidmat guru tuisyen Arab PMR untuk anaknya.


Maklumat Home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Seksyen 27 Shah Alam
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: Bahasa Arab
Sesi: Akan diberitahu kelak
Status: TUTUP
Permintaan Khas: Tiada.
Tuisyen ini telah diserahkan pada tutor. DAFTAR SEGERA sebagai tutor

KHIDMAT HOME TUITION disediakan, HUBUNGI AZMI 0133231135

Home Tuition: Matematik Seksyen 7 Shah Alam

Assalamu'laikum Wrmbth,


Seorang pelajar di seksyen 7 Shah Alam memerlukan khidmat guru tuisyen untuk dirinya bagi SPM Paper July Matematik.

Maklumat Home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Shah Alam Seksyen 7
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: Matematik SPM
Sesi: Isnin-Jumaat
Status: TUTUP
Permintaan Khas: Tiada.

Tuisyen ini telah diserahkan pada tutor
DAFTAR SEGERA sebagai Tutor.
Khidmat home tuition, hubungi AZMI 0133231135

Home Tuition: Arab Shah Alam

Assalamua'laikum Wrmbth,

Seorang bapa memerlukan khidmat guru tuisyen bahasa arab untuk mengajar 3 orang anak-anaknya. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:


Lokasi: Subang atau Shah Alam
Bilangan pelajar: 3 orang ( 10, 12 dan 13 tahun)
Cadangan Sesi: Sabtu dan Ahad
Cara berhubung: Melalui emel, rhymalek@gmail.com

Sila email pada Encik ini biodata termasuk gambar terkini dan bayaran yg dikehendaki untuk tujuan penilaian.

Tiada komisen dikenakan bagi sesi ini. Siapa cepat dia dapat, (SILA HANTAR TERUS EMEL PADA BAPA INI dan BUKAN PADA KAMI :) )

Home Tuition: Menggilap Potensi dengan Tuition

Assalamualaikum Wrmbth,

Pepatah lama mengatakan "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya"

Semua orang dilahirkan pandai, dan tanggungjawab guru yang sebenar ialah menyedarkan anak murid mereka potensi sebenar dalam diri mereka yang perlu digilap.

Hmm.. Jika semua orang pandai, kenapa ada individu yang lebih cemerlang dari yang lain? Jawapannya ada pada diri pelajar dan persekitaran mereka sendiri.

Contohnya, mengapa ibu bapa yang pandai dan terpelajar mempunyai masalah memupuk sikap rajin belajar dalam diri anak mereka?

Persoalannya, adakah mereka menunjukkan contoh yang baik dirumah? Adakah pembudayaan ilmu berlaku melalui kemudahan mendapatkan bahan bacaan yang baik untuk anak mereka?

Adakah ibubapa yang tidak membaca tetapi memaksa anak mereka membaca akan mendatangkan hasil yang diharapkan? Banyak persoalan yang dilontarkan tetapi jawapannya ramai yang sudah tahu.

Perbuatan lebih mendatangkan kesan dari kata-kata atau "Action speaks louder than words". Jadi marilah sama-sama kita luangkan masa membaca buku.
Bak kata bidalan " Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?"

Satu renungan yang ditujukan khusus kepada insan bergelar ibubapa termasuk saya, Insyaallah.

Home Tuition: Cemerlang Akademik dan Hidup

Assalamualaikum Wrmbrth,


Semua orang mahu jadi pelajar cemerlang. Dan berita baik untuk anak-anak anda, semua orang boleh jadi cemerlang. Menurut Dato' Haji Fadzilah Kamsah, berdasarkan kajiannya, antara- ciri-ciri pelajar cemerlang ialah: (Saya beri lima dulu..

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a). kita ingat 10 % apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). jangan lupa untuk senyum

Home Tuition: Tuition Pendidikan Islam?

Assalamua'laikum Wrmbth,


Tahniah dan syabas kepada adik-adik kita yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Seseungguhnya ini hanyalah tiket yang perlu dimanfaatkan sewajarnya andai anda ingin berjaya.

Kepada mereka yang mendapat keputusan sederhana dan kurang memberangsangkan, teruskan usaha dan ambil iktibar dari pengalaman ini. Ayuh bangkit dan mengorak langkah kehadapan. Ramai jutawan dan orang yang berjaya dalam hidup tidak mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM, tetapi mereka bangkit dari kegagalan dengan semangat waja.

Namun, dalam keghairahan pelajar dan ibubapa menyambut keputusan SPM anak mereka ada isu yang menarik perhatian orang islam yang khususnya melayu belaka.

Ada kaum lain yang mendapat "A+" dalam subjek Tasawwur Islam dan ramai lagi orang melayu yang gagal dalam subjek pendidikan islam.

Secara teorinya, A1 untuk pendidikan islam seharusnya sudah didalam genggaman bagi semua pelajar islam dan menariknya, realiti sebenar jauh dari sangkaan.

Melalui pemerhatian saya, kelas tuisyen PENDIDIKAN ISLAM tidak mendapat sambutan dari pelajar dan ibubapa. Jom pakat ramai-ramai hantar anak ke kelas tuisyen PI.

Ilmu pendidikan islam bukan hanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Lebih penting lagi ia menjadi bekalan kepada anak anda di hari muka.

Ingat kah anda kata-kata berikut "Jika anda mahukan kejayaan didunia adalah melalui ilmu, jika mahukan kejayaan akhirat juga dengan ilmu"

Home Tuition: Matematik Klang

Assalamu'laikum Wrmbth,


Gambar diatas ni menunjukkan satu sesi kelas tuisyen yang diadakan di Klang Selangor.

Tiada yang lebih menggembirakan hati cikgu selain melihat anak-anak murid berminat belajar.

Harapan cikgu agar semua anak didik cikgu dan umat islam berjaya didunia dan diakhirat.

Ibubapa kita tidak akan sentiasa berada disi kita, cukup masa Allah akan panggil kita menghadapnya.

Hanya Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh akan dibawa bersama.

Semoga semua rajin berusaha. Amin

(mana pula pelajar lelaki ya?)
BERMINAT DENGAN HOME TUITION? hubungi AZMI 0133231135

Home Tuition: Pendaftaran Tutor

Sunday, April 17, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Kami mengalu-alukan pendaftaran para tutor yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Tidak kira dimana anda dan tahap apa (UPSR, PMR dan SPM), sila hantarkan resume ringkas anda beserta pengalaman pengajar kepada kami.

hantarkan ke fairulazmi@gmail.com

Keutamaan tugas tuisyen diberikan kepada guru yang bersemangat dan serius dalam mendidik anak bangsa. :)

Home Tuition: Disiplin Menuntut Ilmu

Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Maka lihatlah dari siapa engkau mengambil agamamu!

Assalamualaikum Wrmbth,


Menuntut ilmu memerlukan disiplin, dan disiplin melahirkan individu yang berkualiti dan bersahsiah murni. Merujuk pada petikan diatas, adalah penting bagi kita memilih guru yang berakhlak mulia. Misalan yang baik bagi guru yang buruk akhlaknya telah disebut oleh peribahasa melayu

Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari


Jadi, selepas anda mendapat guru yang baik, apa pula tanggungjawab murid terhadap gurunya? Semestinya dengan menzahirkan akhlak yang mulia dan beradab.

Antara contoh-contoh adab yang baik semasa berguru ialah:

1. Berwuduk
2. Berdoa
3. Bersedia dengan bahan-bahan pembelajaran
4. Memakai pakaian bersih dan bersopan
5. Beri tumpuan ketika belajar
6. Memberi salam apabila bertemu
7. Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
8. Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
9. Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
10. Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh

Home Tuition: Alam Impian Sains PMR

Home Tuition :Tuisyen Rumah di Alam Impian Shah Alam
Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Ampang dengan kadar segera (5 April 2011). Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Alam Impian, Shah Alam
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: Sains
Sesi: Selasa
Status: Tertutup
Permintaan Khas: Selasa pagi

Kami menyediakan perkhidmatan home tuition ,hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel kepada fairulazmi@gmail.com

Home Tuition:Kelana Jaya BM UPSR

Assalamu'laikum Wrmbth,

Seorang ibu di Jalan SS 4B/1 Kelana Jaya memerlukan khidmat guru tuisyen untuk anaknya.


Maklumat Home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Kelana Jaya
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: BM
Sesi: Khamis pagi
Status: TUTUP
Permintaan Khas: Tiada.
Tuisyen ini telah diserahkan pada tutor

Kami menyediakan perkhidmatan home tuition, hubungi AZMI 0133231135 atau emel kepada fairulazmi@gmail.com

Home Tuition:Kelana Jaya Sains PMR

Assalamu'laikum Wrmbth,


Seorang ibu di Kelana Jaya memerlukan khidmat guru tuisyen untuk anaknya.

Maklumat Home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Kelana Jaya
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: SAINS FORM 2
Sesi: Akan diberitahu kelak
Status: TUTUP
Permintaan Khas: Tiada.


Kami menyediakan perkhidmatan home tuition, hubungi AZMI 0133231135 atau emel kepada fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Subang Jaya Sains Matematik

Assalamu'laikum Wrmbth,

Seorang ibu di Subang Jaya Jaya memerlukan khidmat guru tuisyen untuk anaknya.


Maklumat Home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Subang Jaya
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: Sains & Matematik
Sesi: Dalam Perbincangan
Status: BUKA
Permintaan Khas: Tiada.

Kami menyediakan perkhidmatan home tuition, hubungi AZMI 0192653791 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Cikgu Syok Sendiri

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Kelakar cerita dibawah ni, Link asal DISINI

Suatu pagi yang indah di sebuah sekolah dasar, seorang guru yang begitu berdedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulai pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel dan dua gelas yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Coba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral sedangkan cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertuju pada kedua ekor cacing itu. Cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang di dasar gelas, sedangkan cacing yang berada di dalam arak tergeletak lalu mati. Si guru tersenyum lebar melihat anak2 muridnya memberikan perhatian pada pelajarannya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat dari pelajaran yang saya tunjukkan tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
Untuk menghindari cacingan….. minumlah arak………

Home Tuition Shah Alam: Jenis Pelajar

Assalamualaikum Wrmbth,


Susah nak faham pelajaran? Tak faham apa yang cikgu ajar di kelas? Tak ingat apa yang anda baca?

Mesti ramai yang menghadapi dilema diatas semasa belajar. Mengapa ada diantara rakan anda yang mudah faham sesuatu dan sentiasa faham apa yang diajar dengan mudah berbanding anda. Saya ada jawapannya.. Hendak tahu lebih lanjut?

Jawapannya ada dengan MENGENALI DIRI anda sendiri. Macam mana pulak tu ye?

Ini kerana manusia diciptakan Allah dengan 3 jenis cara belajar iaitu secara AUDITORI, VISUAL dan KINESTATIK

1) Jenis pertama AUDITORI :mereka belajar dengan melalui pendengaran.
Cara mereka belajar ialah melalui membaca dengan kuat untuk menghafal sesuatu nota yang diberi oleh cikgu. Tetapi seorang yang auditori, meraka akan tergangu dengan suasana bising ketika mereka cuba menghafal.

2) Jenis kedua VISUAL :mereka akan menghafal sesuatu dengan melihat sahaja. Cara mereka belajar pula dengan melihat contoh nota yang kemas seperti peta minda. Seorang yang Visual ini, kelemahannya ialah mereka mudah lupa apabila mereka cube menghafal.

3) Jenis terakhir KINESTATIK : Iaitu mereka yang belajar melalui perbuatan. Mereka lebih mudah apabila mereka belajar sambil berjalan dan melakukan pergerakan. Mereka dalam kategori kinestatik kurang sesuai belajar dalam kumpulan.

Apa pentingnya anda tahu jenis apa anda tergolong? Jika anda seorang guru, anda harus pelbagaikan cara penerangan kepada pelajar anda supaya kesemuanya faham belaka. Contohnya melalui lawatan dan lakonan pada subjek yang sesuai.

Semoga bermanfaat. Assalamualaikum Wrmbth.