HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Tuition

Projek Tuisyen Kampung Rantau Panjang Klang

Sunday, May 8, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Sebagai makluman pembaca sekalian, saya dan beberapa rakan tutor berasal dari kampung rantau panjang Klang.

Seperti juga tempat-tempat lain di Malaysia, kampung kami juga dilanda masalah sosial dan gelombang hedonisme. Ramai juga belia-belia yang hanyut dek kerana Tsunami hiburan melampau ini. Golongan remaja yang masih keliru dengan halatuju dirimudah terpengaruh dengan perkara tidak bermanfaat.

Kafe Siber tumbuh merata, dari satu sudut pandang ini memang membawa manfaat kepada masyarakat setempat. Bolehlah semuanya celik IT dan kemudahan berkomunikasi. Pemiliknya pun orang islam, satu lagi petanda baik akan kesedaran berniaga dikalangan orang islam.

Cuma golongan belia ini pula menghabiskan masa di hadapan skrin komputer bermain permainan video dengan tahap keganasan melampau. Sampai tahap ketagih pun ada, Jadi.. Kepada ibu bapa kampung rantau panjang Klang dan pelajar sekolah kampung ini..

Hantarkan anak anda ke tuisyen kerana belajar disekolah sahaja memang tidak cukup. Anda boleh hubungi saya AZMI di 0133231135 atau emelkan sahaja ke fairulazmi@gmail.com.
Gambar diatas ini adalah dari kumpulan tuisyen perintis yang dimulakan sebulan lepas. UPSR, PMR dan SPM semakin hampir dan persediaan rapi harus dilakukan segera.

Kelas tuisyen ini kami adakan di rumah dan dengan kemudahan yang mencukupi insyaallah kami akan membimbing mereka (Bersama-sama dengan ibubapa mereka insyaallah)

Jika kita tidak bertindak sekarang, apa akan berlaku pada anak-anak kampung kita.Wallahua'lam

0 comments: