HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Online Tuition: Nota Ekonomi Asas

Sunday, May 22, 2011

FAKTA-FAKTA DI DALAM EKONOMI ASAS BAB 6 TINGKATAN 5
1. Wang merupakan aset yang paling cair. Manakala bon kerajaan dan tabungan serta saham-saham pinjaman adalah hamper cair.

2. Malaysia menanggung perbelanjaan RM3.6 bilion setahun untuk menguruskan wang tunai dalam pasaran yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk membiayai pembangunan begara.
3. Wang tunai di pasaran perlu diuruskan supaya ianya dapat dikekalkan dari segi kestabilan nilainya standing dengan mata wang Negara lain. Dengan kestabilan nilai, maka permintaan dan penawaran mata wang Ringgit Malaysia dapat digunakan tanpa was-was. Jumlah wang tunai dalam edaran juga perlu diuruskan supaya permintaan dan penawaran wang adalah sama.
4. M3 digunakan sebagai wang yang terbahagi kepada wang tunai, deposit semasa, deposit tetap dan deposit swasta lain.

5. Bank Negara merupakan sebuah institusi kewangan yang tidak menyediakan perkhidmatan deposit simpanan untuk orang ramai. Fungsi utamanya adalah mengeluar dan mencetak wang dan mengawal ekonomi Negara.
6. Antara bank yang berstatus separuh kerajaan adalah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Pertanian Malaysia dan Bank Pembangunan Malaysia.

7. Bank Simpanan Nasional adalah dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Oleh itu, simpanan di bank ini adalah dijamin 100% oleh kerajaan walaupun bank tersebut mengalami kerugian.
8. Bank Islam Malaysia Berhad turut dilanggani oleh orang bukan islam sejak ia diperkenalkan.
9. Terdapat 58 buah institusi kewangan di Malaysia. Namun, kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997 telah memberikan cadangan kepada Bank Negara untuk menggabungkan institusi-institusi tersebut dibawah 10 bank utama sahaja.
10. Lembaga Tabung Haji adalah hasil percantuman antara Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji.
11. Sebelum penstrukturan semula perkhidmatan pelanggan di Lembaga Tabung Haji, pendeposit tabung haji hanya boleh membuat pengeluaran simpanannya dua kali dalam setahun sahaja.

0 comments: