HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Tuition

Home Tuition: Disiplin Menuntut Ilmu

Sunday, April 17, 2011

Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Maka lihatlah dari siapa engkau mengambil agamamu!

Assalamualaikum Wrmbth,


Menuntut ilmu memerlukan disiplin, dan disiplin melahirkan individu yang berkualiti dan bersahsiah murni. Merujuk pada petikan diatas, adalah penting bagi kita memilih guru yang berakhlak mulia. Misalan yang baik bagi guru yang buruk akhlaknya telah disebut oleh peribahasa melayu

Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari


Jadi, selepas anda mendapat guru yang baik, apa pula tanggungjawab murid terhadap gurunya? Semestinya dengan menzahirkan akhlak yang mulia dan beradab.

Antara contoh-contoh adab yang baik semasa berguru ialah:

1. Berwuduk
2. Berdoa
3. Bersedia dengan bahan-bahan pembelajaran
4. Memakai pakaian bersih dan bersopan
5. Beri tumpuan ketika belajar
6. Memberi salam apabila bertemu
7. Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
8. Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
9. Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
10. Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh

0 comments: