HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Home Tuition: Menggilap Potensi dengan Tuition

Tuesday, April 19, 2011

Assalamualaikum Wrmbth,

Pepatah lama mengatakan "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya"

Semua orang dilahirkan pandai, dan tanggungjawab guru yang sebenar ialah menyedarkan anak murid mereka potensi sebenar dalam diri mereka yang perlu digilap.

Hmm.. Jika semua orang pandai, kenapa ada individu yang lebih cemerlang dari yang lain? Jawapannya ada pada diri pelajar dan persekitaran mereka sendiri.

Contohnya, mengapa ibu bapa yang pandai dan terpelajar mempunyai masalah memupuk sikap rajin belajar dalam diri anak mereka?

Persoalannya, adakah mereka menunjukkan contoh yang baik dirumah? Adakah pembudayaan ilmu berlaku melalui kemudahan mendapatkan bahan bacaan yang baik untuk anak mereka?

Adakah ibubapa yang tidak membaca tetapi memaksa anak mereka membaca akan mendatangkan hasil yang diharapkan? Banyak persoalan yang dilontarkan tetapi jawapannya ramai yang sudah tahu.

Perbuatan lebih mendatangkan kesan dari kata-kata atau "Action speaks louder than words". Jadi marilah sama-sama kita luangkan masa membaca buku.
Bak kata bidalan " Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?"

Satu renungan yang ditujukan khusus kepada insan bergelar ibubapa termasuk saya, Insyaallah.

0 comments: