HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Tuition

Home Tuition: Cemerlang Akademik dan Hidup

Tuesday, April 19, 2011

Assalamualaikum Wrmbrth,


Semua orang mahu jadi pelajar cemerlang. Dan berita baik untuk anak-anak anda, semua orang boleh jadi cemerlang. Menurut Dato' Haji Fadzilah Kamsah, berdasarkan kajiannya, antara- ciri-ciri pelajar cemerlang ialah: (Saya beri lima dulu..

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a). kita ingat 10 % apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). jangan lupa untuk senyum

0 comments: