HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Tuition

TIPS BELAJAR: Belajar Untuk Belajar

Tuesday, May 31, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Hidup penuh dengan dengan proses pembelajaran dan semenjak keluar dari rahim ibu, kita harus belajar pelbagai cara untuk hidup.

Belajar untuk bernafas, belajar untuk mendengar, makan dan seterusnya. Dari keadaan tidak boleh berkata-kata kita belajar berkomunikasi melalui ekspresi muka dan percakapan.

Jadi, untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang akademik, kita tidak boleh lari dari mempelajari teknik belajar yang betul. BELAJAR UNTUK BELAJAR? Bagaimana pula tu ya?

Belajar ilmu baru memerlukan kita memberikan sepenuh fokus semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung (Contohnya didalam kelas) dan setelah selesai semua ini, tiba masanya kita diuji. Melalui PEPERIKSAAN :)

Hari ini, bulan baru menjelma kerana JUN telah pun tiba setelah MEI mengucapkan Selamat Jalan kepada kita. Beruntunglah kepada mereka yang memanfaatkan masa kerana ia tidak akan mampu diulang lagi dan Percayalah bahawa masa yang diperuntukkan kepada kita akan dihisab dihadapan Allah SWT yang maha esa tentang bagaimana nikmat yang diperuntukkannya kepada kita dihabiskan.


Berbalik kepada PEPERIKSAAN, ramai yang gentar hatinya apabila memikirkan peperiksaan bakal menjelma. Tidak kira UPSR, PMR dan SPM setiap detik berlalu semakin mendekatkan kita dengan tarikh keramat.

Beberapa pesanan berguna yang pernah saya terima sebelum ini harap akan mendatangkan manfaat kepada anda:
1) JANGAN TAKUT PADA PEPERIKSAAN - Kerana manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya (Mungkin anda kurang persediaan)

2) SEMUA ORANG PERLU MENDUDUKI PEPERIKSAAN - Persediaan setiap individu yang akan membezakan hasil

3) KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN BERGANTUNG KEPADA PERSEDIAAN ANDA (RAJIN DAN CARA BELAJAR)- Mental, fizikal dan spiritual ya ;)

TIPS BELAJAR dari Pelajar Cemerlang Nur Amalina

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Setiap individu cara belajarnya berbeza, berikut saya sertakan LINK ke artikel berkenaan cara belajar yang digunakan oleh pelajar cemerlang SPM NUR AMALINA.

TEKNIK BELAJAR PELAJAR CEMERLANG SPM NUR AMALINA


Sedikit sebanyak tentu ada manfaatnya. :)

Ingat.. STUDY SMART lebih baik dari STUDY HARD..

Koleksi Soalan UPSR PMR SPM

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Perlukan soalan terkumpul bagi tahap UPSR PMR dan SPM tetapi anda tidak mahu membelinya? Kami ada jawapannya.

LAYARILAH laman sesawang di bawah ini.. penuh dengan koleksi soalan percubaan dari seluruh negara. Harus diingat, anda mesti membaca dahulu terma dan syarat sebelum menggunakannya.
http://www.banksoalanspm.com/index.html
Semua soalan adalah percuma, jadi marilah manfaatkannya. :)

Kami tiada kena mengena dengan laman web tersebut, tetapi sayang jika ia tidak dimanfaatkan bersama.

Makanan Sunnah Penjana Minda: SUSU KAMBING

Monday, May 30, 2011

4) SUSU SEGAR TERUTAMANYA SUSU KAMBING

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tigaunsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukanuntuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yangpaling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelasmakanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawarkelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susuboleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaikipenglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaikuntuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembuyang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibacaoleh Rasullullah s.a.w
Dan terdapat lagi beberapa makanan-makanan lain yang menjadi amalan makanan bagi para genius islam seperti halia, daging burung merpati, daging ayam, telur, buah delima, kekacang(soya, gajus, berangan), za’faran, dan minyak sapi.

Makanan Sunnah Penjana Minda: DAGING KAMBING

3) DAGING BIRI-BIRI/KAMBING

Daging mengandungi banyak khasiat. Menambah darah,sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapatmeningkatkan kekuatan hafazan.

Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan.Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.

Daging yang paling baik ialah daging kambing.Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baikialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa.
Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan dagingbinatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsayang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Makanan Sunnah Penjana Minda: KISMIS

2) KISMIS
2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkanke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudahmengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hat iiv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula.
Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

Makanan Sunnah Penjana Minda: MADU

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU



Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quranmengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkanpenyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia bolehmenghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG :Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

Bersambung di Bahagian ke 2

Tips Belajar: Solat Dhuha Kunci Rezeki

Sunday, May 29, 2011

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Link asal artikel ini
http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310

Online Tuition: Karangan Bahasa Melayu/Malaysia

Saturday, May 28, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


saya terjumpa laman yang menarik ini hasil dari perkongsian rakan-rakan di internet.

Bagi mereka yang perlukan bantuan mengarang karangan berformat dan tidak,

Masuklah ke laman web di bawah ini... :)

LAMAN SESAWANG KARANGAN

Anda boleh memohon pertolongan dari pelawat lain bagi mendapat isi karangan dan sebagainya.

Pelbagai contoh karangan peringkat UPSR, PMR dan SPM

Home Tuition: TIPS MENJAWAB SOALAN SAINS SPM

Friday, May 27, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Lumrah hidup, mereka yang paling bersedia menghadapi sesuatu perkara insyaallah akan berjaya. Jika cuca akan hujan, sediakan payung, jika mahukan keberkatan hidup maka berbakti pada orang tua kita.

Jadi jika anda mahu menjawab soalan kertas 2 SAINS SPM bagaimana pula?

Anda KLiK LiNK dibawah ini untuk jawapannya :) Selamat berjaya

TIPS MENJAWAB


Terima kasih kepada sciencesifu kerana berkongsi rahsia SINI

Home Tuition: SAINS SPM Seksyen 11 Shah Alam

Wednesday, May 25, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di SEKSYEN 11 Shah Alam , Sedang mencari home tutor bagi subjek SAINS SPM TiNGKATAN 5. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: Seksyen 11, Shah Alam berdekatan Masjid Negeri (Masjid biru)
Bil Pelajar: 2 orang, Lelaki (Tingkatan 5/Form5))
Subjek: SAINS
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM45/jam Malam
Permintaan khas: Tutor berpengalaman
Status: *TBC*Canceled
Kod: TZAINAHS11SAINSSPM


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: SAINS PMR Bukit Jelutong

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di BUKIT JELUTONG , Sedang mencari home tutor bagi subjek SAINS PMR TINGKATAN 3. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: Bukit Jelutong, Shah Alam
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki (Tingkatan 3/Form3))
Subjek: SAINS
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM40/jam Malam
Permintaan khas: Tutor berpengalaman (selepas Ujian pertengahan tahun 2011 ADA SESI TEMUDUGA BERSAMA IBUBAPA)
Status: *TBC*
Kod: THAMIDAHBJLTGSCIENCE


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: SEJARAH PMR Bukit Jelutong

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di BUKIT JELUTONG , Sedang mencari home tutor bagi subjek SEJARAH PMR TINGKATAN 3. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: Bukit Jelutong, Shah Alam
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki (Tingkatan 3/Form3))
Subjek: SEJARAH
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM40/jam Malam
Permintaan khas: Tutor berpengalaman (selepas Ujian pertengahan tahun 2011 ADA SESI TEMUDUGA BERSAMA IBUBAPA)
Status: *TBC*
Kod: THAMIDAHBJLTGSJRH


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Pendidikan Islam PMR Bukit Jelutong

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di BUKIT JELUTONG , Sedang mencari home tutor bagi subjek Pendidikan Islam PMR TINGKATAN 3. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: Bukit Jelutong, Shah Alam
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki (Tingkatan 3/Form3))
Subjek: Pendidikan Islam
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM40/jam Malam
Permintaan khas: Tutor berpengalaman (selepas Ujian pertengahan tahun 2011 ADA SESI TEMUDUGA BERSAMA IBUBAPA)
Status: *TBC*
Kod: THAMIDAHBJLTGPI


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: GEOGRAFI PMR Bukit Jelutong

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di BUKIT JELUTONG , Sedang mencari home tutor bagi subjek GEOGRAFI @ GEOGRAPHY PMR TINGKATAN 3. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: Bukit Jelutong, Shah Alam
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki (Tingkatan 3/Form3))
Subjek: GEOGRAFI
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM40/jam Malam
Permintaan khas: Tutor berpengalaman (selepas Ujian pertengahan tahun 2011 ADA SESI TEMUDUGA BERSAMA IBUBAPA)
Status: *TBC*
Kod: THAMIDAHBJLTG


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Model Soalan Sains SPM Bab 3

Tuesday, May 24, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Ini model soalan bagi BAB 3 Sains SPM HEREDITY & VARIATION

MUAT TURUN MODEL SOALAN SPM CHAPTER 3 HEREDITY & VARIATION

Sudah siap menjawab soalan? Ini jawapannya :)

MUAT TURUN JAWAPAN BAB 3


Sekali lagi diucapkan, ucapan terima kasih tidak terhingga pada penyedia soalan di SINI (Guru Sains)

Home Tuition: Model Soalan Sains SPM Bab 2

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Jemput Muat Turun soalan Model SAINS SPM BAB 2 beserta jawapannya:

MODEL SOALAN PEPERIKSAAN SPM

MUAT TURUN JAWAPAN MODEL BAB 2 BODY COORDINATION

Terima kasih pada pembuat soalan di SINI

Home Tuition: Model Kertas Soalan Sains PKSR

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Kertas soalan PKSR sains darjah 6 ini disediakan oleh insan berhati mulia insyaallah.

Mari-mari muat turun dan mantapkan persediaan anda sebelum UPSR. Baiki segera sebelum masanya tiba. :)

KERTAS MODEL PKSR SAINS TAHUN 6


Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada pihak yang menyediakan soalan ini.

LINK ASAL

Home Tuition: Model Kertas Soalan Sains UPSR

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Bagi pelajar pelajar UPSR yang ingin menguji tahap kesediaan mereka menduduki peperiksaan UPSR, saya sarankan anda klik link dibawah dan muat turun kertas percubaan ini.

MODEL KERTAS SAINS UPSR


Sebagai makluman, kertas soalan ini disediakan oleh guru sekolah berpengalaman dan sudah tentu bermanfaat untuk anda.

Terima kasih kepada pihak yang berkongsi info ini ya. Semoga memperoleh ganjaran Allah swt.

LINK ASAL

Online Tuition: Nota Ekonomi Asas

Sunday, May 22, 2011

FAKTA-FAKTA DI DALAM EKONOMI ASAS BAB 6 TINGKATAN 5
1. Wang merupakan aset yang paling cair. Manakala bon kerajaan dan tabungan serta saham-saham pinjaman adalah hamper cair.

2. Malaysia menanggung perbelanjaan RM3.6 bilion setahun untuk menguruskan wang tunai dalam pasaran yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk membiayai pembangunan begara.
3. Wang tunai di pasaran perlu diuruskan supaya ianya dapat dikekalkan dari segi kestabilan nilainya standing dengan mata wang Negara lain. Dengan kestabilan nilai, maka permintaan dan penawaran mata wang Ringgit Malaysia dapat digunakan tanpa was-was. Jumlah wang tunai dalam edaran juga perlu diuruskan supaya permintaan dan penawaran wang adalah sama.
4. M3 digunakan sebagai wang yang terbahagi kepada wang tunai, deposit semasa, deposit tetap dan deposit swasta lain.

5. Bank Negara merupakan sebuah institusi kewangan yang tidak menyediakan perkhidmatan deposit simpanan untuk orang ramai. Fungsi utamanya adalah mengeluar dan mencetak wang dan mengawal ekonomi Negara.
6. Antara bank yang berstatus separuh kerajaan adalah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Pertanian Malaysia dan Bank Pembangunan Malaysia.

7. Bank Simpanan Nasional adalah dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Oleh itu, simpanan di bank ini adalah dijamin 100% oleh kerajaan walaupun bank tersebut mengalami kerugian.
8. Bank Islam Malaysia Berhad turut dilanggani oleh orang bukan islam sejak ia diperkenalkan.
9. Terdapat 58 buah institusi kewangan di Malaysia. Namun, kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997 telah memberikan cadangan kepada Bank Negara untuk menggabungkan institusi-institusi tersebut dibawah 10 bank utama sahaja.
10. Lembaga Tabung Haji adalah hasil percantuman antara Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji.
11. Sebelum penstrukturan semula perkhidmatan pelanggan di Lembaga Tabung Haji, pendeposit tabung haji hanya boleh membuat pengeluaran simpanannya dua kali dalam setahun sahaja.

Home Tuition: BM Standard 1 Kelana Jaya

Saturday, May 21, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di KELANA JAYA berdekatan tabung haji, Sedang mencari home tutor bagi subjek Bahasa Malaysia Darjah 1. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: Kelana Jaya, Berdekatan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki (Darjah 1 / Standard 1)
Subjek: Bahasa malaysia
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM30/jam Selasa Malam
Permintaan khas: Tutor berpengalaman (selepas Ujian pertengahan tahun 2011)
Status: TUTUP *TBC*Canceled
Kod: TKELANAJAYAHASLIZA


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: BM UPSR Seksyen 7 Shah Alam

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di Seksyen 7 Shah Alam Sedang mencari home tutor bagi subjek BM UPSR. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: Seksyen 7 Shah Alam
Bil Pelajar: 1 orang, Perempuan
Subjek: BM
Sesi: 1 kali seminggu x 1 jam/sesi xRM30/jam Weekdays Malam
Status: TUTUP * TFZL 11 MEI*
Permintaan khas:TIADA
Kod: TFZMIOMM

Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Matematik Sains SPM USJ 2

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di USJ 2 Sedang mencari home tutor bagi subjek MATEMATIK dan SAINS Tingkatan 4. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: USJ 2, Berdekatan Giant Putra Height
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki (Tingkatan 4/Form 4)
Subjek: Matematik dan Sains (Mathematics & Science)
Sesi: 2 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM40/jam Rabu dan Khamis
Permintaan khas: Tutor mestilah cikgu berpengalaman (selepas Ujian pertengahan tahun 2011)
Status: TUTUP *TBC*
Kod: TUSJ


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

CONTOH TIDAK MENYERAH KALAH

Monday, May 16, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,



Semangatnya si kuda belang wajar dicontohi, tidak kiralah siapa yang kita hadapi.

Semua manusia diuji dengan cabaran, mari bangkit melawan penindasan.

Jika hari ini kita gagal, bangunlah dan lawan nasib buruk anda.

Dugaan ini yang akan menjadikan anda hebat.

Home Tuition: Pendidikan Islam SPM Seksyen 11 Shah Alam

Sunday, May 15, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di Seksyen 11 Shah Alam Sedang mencari home tutor bagi subjek PENDIDIKAN ISLAM (TASAWWUR ISLAM). Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: Seksyen 11 Shah Alam Jalan Sumazau
Bil Pelajar: 2 orang, Lelaki (Tingkatan 5 /Form 5)
Subjek: PENDIDIKAN ISLAM (TASAWWUR ISLAM)
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM45/jam Rabu(Malam)
Permintaan khas: Kelas Bermula segera (18 Mei 2011)
Status: TUTUP *TAZMI 18 MEI*
Kod: TZainahPI


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: BM USJ 4 Subang Jaya

Friday, May 13, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di USJ 4 Sedang mencari home tutor bagi subjek MATEMATIK PMR. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: USJ 4
Bil Pelajar: 2 orang, Lelaki & perempuan (standard 3 & 4)
Subjek: BM Standard 3 & 4
Sesi: 1 kali seminggu x 3 jam/sesi xRM30/jam Jumaat atau Hujung minggu
Status: TUTUP * TSURI 28 MEI*
Permintaan khas: Anak Mrs Lee agak lemah dalam BM dan perlukan seorang tutor berpengalaman dan sabar.
Kod: TRSURIMATH


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Matematik Putrajaya PMR

Tuesday, May 10, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di PUTRAJAYA Sedang mencari home tutor bagi subjek MATEMATIK PMR. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: PUTRAJAYA
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki
Subjek: MATEMATIK PMR
Sesi: 1 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM35/jam Weekdays
Status: TUTUP * TAZM 11 MEI*
Permintaan khas:TIADA
Kod: TAZMIPTRJYA


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Matematik SPM Seksyen 6

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di SEKSYEN 6 SHAH ALAM sedang mencari home tutor bagi subjek Matematik Moden SPM (Modern Mathematic). Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: SEKSYEN 6 SHAH ALAM
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki
Subjek: Matematik Moden
Sesi: 1 kali seminggu x 1.5 jam/sesi xRM45/jam Weekdays Malam
Status: TUTUP * TFRL 11 MEI*
Permintaan khas:TIADA
Kod: TFIRLSKSYN6MATH


Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Home Tuition: Alam Megah UPSR BM

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Seorang ibu di ALAM MEGAH Sedang mencari home tutor bagi subjek BM UPSR. Butir-butir kes tuisyen adalah seperti berikut:

Lokasi: ALAM MEGAH
Bil Pelajar: 1 orang, Lelaki
Subjek: BM
Sesi: 2 kali seminggu x 2 jam/sesi xRM30/jam Weekdays Malam
Status: TUTUP * TFRL 11 MEI*
Permintaan khas:TIADA
Kod: TFZMIOMM

Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0133231135 atau emel ke fairulazmi@gmail.com

Online Tuition: Ekonomi Asas Form 5 Bab 6 Bhgn 5

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Bahagian akhir untuk bab 6 Ekonomi asas.


Pendek saja kan ? ;D

Slide adalah hasil sumbangan Cikgu Faizal

Online Tuition: Ekonomi Asas Form 5 Bab 6 Bhgn 4

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Bahagian 4 kini tersedia, ayuh semua manfaatkannya,


Bagaimana setakat ini, OK?
Slide adalah hasil sumbangan Cikgu Faizal

Online Tuition: Ekonomi Asas Form 5 Bab 6 Bhgn 3

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Ekonomi itu menarik, Sekali belajar memang tak serik.


Tamatlah sesi kali ini, buatlah latihan soalan terkini

Slide adalah hasil sumbangan Cikgu Faizal

Online Tuition: Ekonomi Asas Form 5 Bab 6 Bhgn 2

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Mari-mari sambung bahagian ke-2. Belajar dengan gembira.. Doa jangan lupa ;p


Lepas belajar dan usaha kita buat apa? Tawakal pada Allah. :)

Bersambung pada bahagian seterusnya.. Mari-mari. Artikel ditulis oleh Cikgu Faizal