HUBUNGI CIKGU AZMI

Khidmat HOME TUITION 0192653791

HANTARKAN RESUME ke cikgutuitioncentre@gmail.com
Klang, Shah Alam, Subang, Petaling & Kuala Lumpur

Tuition

Online Tuition: Ekonomi Asas Part 2 SPM

Monday, May 9, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Bahagian ke 2 berkaitan ekonomi asas

Mari kita lebih mendalami tentang maksud SAINS EKONOMI

Ianya adalah pengetahuan ilmiah yang mempelajari tentang hubungan moral dengan manusia. Hubungan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya berupa aktiviti hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengedaran pendapatan. Pertanyaan klasik sampai saat ini belum dijawab oleh umat manusia adalah pertanyaan tentang dari mana datangnya keperluan manusia sehingga muncul apa yang disebut pertukaran dalam bentuk perdagangan?

Memang ekonomi merupakan salah satu misteri terbesar di dunia ini, kerana banyaknya kejadian-kejadian ekonomi yang luput dari kawalan para saintis. Satu hukum ekonomi yang ditemukan belum tentu boleh menjawab permasalahan yang muncul di masa akan datang. Jawapan yang selalu diusahakan oleh para saintis untuk mencuba menjawab pertanyaan tersebut adalah dengan menilik kepada konsepsi hakikat manusia.

Siapakah manusia itu? Hal ini merupakan pertanyaan asas sekaligus asas dalam mempelajari gejala-gejala ekonomi. Semua teori ekonomi membutuhkan gagasan dasar tentang manusia. Memang belum ada saintis yang mampu mengetahui dirinya sendiri secara sempurna sehingga dapat dijadikan patokan dalam merumuskan hakikat manusia.

Sebagai contoh Adam Smith sebagai pelopor bangkitnya ilmu ekonomi mempunyai tanggapan tentang hakikat manusia yang berbeza dengan Aristotele dalam membangun teori ekonominya. Sains ekonomi juga sering disebut ilmu tentang moral kerana ia muncul dari keperhatinan moral para ahli falsafah seperti Adam Smith, Karl Marx, F.A. Hayek, J.M. Keynes.

0 comments: