Assalamu'alaikum Wrmbth,
Hidup penuh dengan dengan proses pembelajaran dan semenjak keluar dari rahim ibu, kita harus belajar pelbagai cara untuk hidup.
Belajar untuk bernafas, belajar untuk mendengar, makan dan seterusnya. Dari keadaan tidak boleh berkata-kata kita belajar berkomunikasi melalui ekspresi muka dan percakapan.
Jadi, untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang akademik, kita tidak boleh lari dari mempelajari teknik belajar yang betul. BELAJAR UNTUK BELAJAR? Bagaimana pula tu ya?
Belajar ilmu baru memerlukan kita memberikan sepenuh fokus semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung (Contohnya didalam kelas) dan setelah selesai semua ini, tiba masanya kita diuji. Melalui PEPERIKSAAN :)
Hari ini, bulan baru menjelma kerana JUN telah pun tiba setelah MEI mengucapkan Selamat Jalan kepada kita. Beruntunglah kepada mereka yang memanfaatkan masa kerana ia tidak akan mampu diulang lagi dan Percayalah bahawa masa yang diperuntukkan kepada kita akan dihisab dihadapan Allah SWT yang maha esa tentang bagaimana nikmat yang diperuntukkannya kepada kita dihabiskan.
Berbalik kepada PEPERIKSAAN, ramai yang gentar hatinya apabila memikirkan peperiksaan bakal menjelma. Tidak kira UPSR, PMR dan SPM setiap detik berlalu semakin mendekatkan kita dengan tarikh keramat.
Beberapa pesanan berguna yang pernah saya terima sebelum ini harap akan mendatangkan manfaat kepada anda:
1) JANGAN TAKUT PADA PEPERIKSAAN - Kerana manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya (Mungkin anda kurang persediaan)
2) SEMUA ORANG PERLU MENDUDUKI PEPERIKSAAN - Persediaan setiap individu yang akan membezakan hasil
3) KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN BERGANTUNG KEPADA PERSEDIAAN ANDA (RAJIN DAN CARA BELAJAR)- Mental, fizikal dan spiritual ya ;)
0 comments:
Post a Comment